Pemerian fizikal Lepus_alleni

Tubuh Lepus alleni boleh membesar sehingga panjangnya 45–60 cm (18–24 inci). Ekornya boleh tumbuh sepanjang 3–10 cm (1–4 inci). Kaki depannya boleh membesar sekitar 10–20 cm (4–8 in.), manakala kaki belakangnya boleh mencapai 20–30 cm (8–12 inci). Kerana kakinya arnab ini digelar "Antelope Jackrabbit", sempena haiwan yang pantas melompat di Afrika yang bergelar antelop. Telinganya yang mencapai panjang 2–8 inci apabila matang, bukan sahaja untuk mendengar, bahkan juga mengawal haba dalam badan untuk bermandiri dalam habitat panas terik.